Madrasah Cintaku
Ada satu keajaiban dunia terhebat yang ingin saya nyatakan disini, iaitu IBU..
Dalam
perjalan hidup seorang ibu, apa yang paling dinanti seorang wanita
selain dari kehamilan. Meskipun berat, tiada yang lebih penting kecuali
benih dalam kandungannya. Menangis, tertawa, sedih dan bahagia tak
berbeza baginya, kerana dia lebih mementingkan apa yang dirasa si kecil
didalam perutnya. Seringkali dia bertanya; menangiskah ia? Tertawakah
ia? Sedih atau bahagiakah ia di dalam sana?
Bahkan
ketika waktunya tiba, tiada yang mampu menandingi cinta yang pernah
diberikannya, walau mati pun akan dipertaruhkannya asalkan generasi
penerusnya itu lahir ke dunia. Rasa sakit lenyap sekejap mendengar
tangisan pertama si buah hati, tak peduli darah dan keringat yang terus
bercucuran. Detik itu, sebuah episod cinta baru sahaja berputar.
Tiada yang
lebih membanggakan untuk dibincangkan selain anak-anak. Tak satu pun
tema yang paling menarik untuk dibincangkan bersama rakan sekerja, teman
sejawat, mahupun keluarga, kecuali anak-anak. Si kecil baru sahaja
menyebut “Ma…” segera ibu mengangkat telefon untuk mengkhabarkan ke
semua yang ada didalam list telefon.
Saat baru
pertama kali berdiri, ibu berteriak histeria, antara haru, bangga dan
sedikit takut si kecil terjatuh dan luka. Hari pertama sekolah adalah
saat pertama kali matanya menyaksikan langkah awal kejayaannya. Meskipun
disaat yang sama, fikirannya terusmelayang dan bibirnya tak lepas
berdoa, berharap suami tidak terhenti rezekinya. Agar langkah kaki kecil
itu pun tidak terhenti di tengah jalan.
Dia
menjadi guru yang tak pernah digaji, menjadi pembantu yang tak pernah
dibayar, menjadi pelayan yang sering terlupa dihargai, dan menjadi babby
sitter yang paling setia. Sesekali dia menjelma menjadi puteri salju
yang menyanyi merdu menunggu lamaran sang putera.
Tidak
satu pun yang paling ditunggu kepulangannya selain suami dan anak-anak
tercinta. Serta merta kalimat, “sudah makan belum?” tak lupa dilontar
saat baru saja memasuki rumah. Walaupun si kecil yang dulu yang
ditimang dalam dakapannya itu sudah menjadi orang dewasa yang boleh
membeli makanan sendiri
Hari
ketika si anak yang telah dewasa itu mampu mengambil keputusan
terpenting dalam hidupnya, untuk menentukan jalan hidup bersama
pasangannya, siapa yang menangis? Siapa yang lebih dulu menitikkan air
mata? Lihatlah sudut matanya, telah menjadi samudera air mata dalam
sekejap.
Langkah
beratnya ikhlas mengantar buah hatinya ke kerusi pelamin. Dia menangis
melihat anaknya tersenyum bahagia dibalut pakaian pengantin. Di saat
itu, dia pun sedar buah hati yang bertahun-tahun menjadi kubangan
curahan cintanya itu tak lagi hanya miliknya. Ada satu hati lagi yang
tertambat, yang dalam harapannya dia berdetik, “Masihkah kau anakku?”
Saat senja
tiba. Ketika kedut di tangan dan wajah mulai berbicara tentang usianya.
Dia pun sedar, bahawa sebentar lagi masanya kan berakhir. Hanya satu
pinta yang sering terucap dari bibirnya, “bila ibu meninggal, ibu ingin anak-anak ibu yang memandikan. Ibu ingin dimandikan sambil dipangku kamu semua”.
Tidak hanya itu, imam solat jenazah pun diminta dari salah seorang anaknya.“Agar tidak percuma ibu mendidik kalian menjadi anak yang soleh sejak kecil,” ujarnya.
Oh ibu. Sejak dari kecil ibu telah mengajarkan erti cinta sebenarnya.
Ibulah madrasah cinta saya, sekolah yang hanya punya satu mata pelajaran: cinta. Sekolah yang hanya ada satu guru: pencinta. Sekolah yang semua murid-muridnya diberi satu nama: yang dicintai.
Maka tidak hairanlah jika Rasulullah bersabda:” Syurga berada dibawah tapak kaki ibumu”.
Barakallahufikum
.
~~ SETIAP HARI ADALAH SEPATUTNYA HARI IBU.. TERIMA KASIH IBU.
.
dari: http://akuislam.com/blog/renungan/madrasah-cintaku/#ixzz0pqqX5ype
Tidak ada komentar:
Posting Komentar