Jumat, 30 November 2012

Berikan Dan Lupakan

Berikan Dan Lupakan

Suatu malam hujan turun dengan lebat diiringi angin kencang dan petir yang sabung – menyabung, telefon berdering di rumah seorang doktor
”Isteri saya sakit,” terdengar suara minta pertolongan.
”Dia sangat memerlukan doktor segera.
Si doktor menjawab, ”Kalau begitu, encik perlu  menjemput saya, kereta saya sedang masuk bengkel.”
Mendengar jawapan itu, lelaki tersebut menjadi berang. ”Apa ?!” katanya dengan marah. ”Saya harus pergi menjemput doktor pada malam yang berhujan lebat ini?!”
Mari renungkan cerita diatas.
Kita sentiasa meminta sesuatu daripada orang lain. Sayangnya, kita seringkali lupa untuk memberi. Kita tak sedar bahawa apa – apapun yang kita berikan sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri. Di dunia ini tiada yang percuma. Segalanya ada harganya.
Seperti membeli barang, kita harus memberi terlebih tahu dahulu ciri – ciri barangan yang kita mahu sebelum meminta barang tersebut. Kalau kita seorang penjual, kita pun harus memberikan layanan kepada pelanggan dan memberi mereka mencuba produk sebelum meminta wang mereka. Inilah konsep ”memberi sebelum meminta” yang sayangnya sering kita lupakan dalam kehidupan seharian

dari: http://akuislam.com/blog/renungan/memberikan-dan-melupakan/#ixzz0pqsp9jnJ

Tidak ada komentar:

Posting Komentar